Sahabat Ilmu

Rabu, 2 September 2009

SOLAT - PEDULIKAH KITA


“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”

Antara ibadah yang penting yang wajib dilakukan ialah solat.

Ia amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun solat tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi bersabda,

“Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.”

Dalam surah Al-Mukminun ayat 1, 2 dan 9 Allah menjelaskan,

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

Justeru, untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardu. Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertamanya khusyuk dan keduanya memastikan agar solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan jadual waktu yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan: