Sahabat Ilmu

Isnin, 7 September 2009

Menerima suami mu seadanya


Menemani Yang Tersayang (untuk wanita sahaja)

Bismillahirrahmaanirrahim

Menerima suami mu seadanya, inilah antara sifat yang perlu ada bagi setiap isteri, begitu juga sebaliknya, tanpa sifat ini rumahtangga itu sukar untuk bertahan lama.

Setiap manusia itu dicipta dengan sifat dan tabiatnya yang tertentu, punya keinginan dan kesukaan yang berbeza antara satu sama lain, begitulah alam rumahtangga yang akan ditempohi.

Jika isteri ingin mengubah tabiat yang dianggap tidak sempurna pada suami nya, ia satu kesilapan yang besar, apalagi jika perubahan yang ingin dilakukan itu secara keras dan tergesa-gesa.

Hendaklah setiap isteri itu hidup dengan suaminya itu dengan seadanya, dari sifatnya, tabiatnya, kegemarannya bukan dengan hidup yang diingini, jika seorang isteri itu mengharapkan hidup seperti apa yang diinginkan, dibayangkan, penuh kebahagiaan tanpa sebarang rintangan, itu juga satu kesilapan, kerana hidup tidak lari dari kekurangan dan kecacatan (tidak sempurna).

Sepasang suami isteri sebelum diijabkabul merupakan manusia asing antara satu sama lain, si wanita hidup dengan keluarga yang berbeza dengan kehidupan si lelaki, latar belakang kehidupan mereka berdua berbeza, apabila dua orang asing yang punya latar belakang yang berbeza sudah tentu banyak khilaf dan perbezaan yang akan berlaku…

Disinilah dituntut setiap suami isteri itu menerima kekurangan yang ada pada pasangan mereka, jika sebelum ini anda boleh tidur dengan tenang, mungkin setelah berumahtangga tidur anda sedikit terganggu dengan dengkuran si suami, disinilah anda dituntut menerima kekurangan yang ada pada suami anda, untuk anda mengubahnya mungkin boleh mungkin juga tidak, ada baiknya anda cuba menerima sehingga timbul rasa sayang padanya, kerana suami anda itulah dia.

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah SWT itu ada hikmahnya, dan percayalah disebalik perbezaan antara suami isteri itu ada hikmahnya, setiap khilaf yang berlaku antara suami isteri akan menjadi asam garam dan kenangan hidup bersama.

Jika kita ingin menjalinkan hubungan yang baik sesama kita, hendaklah belajar menerima kekurangan orang lain,itulah nasihat yang diberi pakar ilmu nafs.

Setiap tabiat dan pebuatan itu ada baik dan buruknya, selagi sifat dan tabiat suami anda tidak melanggar batas syariat kenapa tidak anda menerima seadanya? tetapi jika sebaliknya, anda hendaklah memikirkan cara terbaik dan berhikmah demi menyelesaikan nya.

Ada juga isteri apabila tidak menyukai sesuatu sifat suaminya mula bersikap pelik sehingga menimbulkan kehairanan pada suami, isteri mungkin cuba untuk menyatakan yang dia tidak meyukai sesuatu sifat tetapi tidak berterus terang, perkara ini jika membawa kepada pertelingkahan adalah sesuatu yang tidak sihat, maka adanya baik duduk berbincang dan berterus terang.

Jika melihat kekurangan yang ada pada suami anda dari sudut positif, insyallah anda akan mampu menerimanya dengan perasaan sayang.

Teringat satu kisah, isteri kurang berminat dengan perangai suaminya yang suka MENGHADIRI KULIAH AGAMA DI SURAU2 DAN MASJID2, tapi akhirnya si isteri turut MENGHADIRI KULIAH AGAMA DI SURAU2 DAN MASJID2 dan memarahi suaminya bila tak pi kuliah..barakat2..

Wallahu Ta’ala A’lam

Tiada ulasan: